Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Terima kasih KFC atas keprihatinan anda kepada aduan pelanggan


 2 minggu lepas saya redeem point daripada snax card KFC dan telah mendapat surat untuk mendapatkan snack plate.  Lama juga saya simpan point, hampir 2 tahun baru saya redeem. Jadi saya sangat excited untuk redeem makanan free, hehe

Tapi semasa saya hendak redeem, kakitangan KFC menjelaskan bahawa kandungan surat menjelaskan saya hanya mendapat snack plate tanpa air, padahal semasa saya redeem, gambar menunjukkan ada air. Tapi memandangkan orang pun ramai, saya malas nak bercerita panjang.

Ini adalah gambar yang diambil dari laman web KFC snax card

 Semasa makan, rasa macam tak puas hati sebab saya berhak mendapat apa yang dipaparkan dalam laman web mereka. Jadi akhirnya saya membuat aduan di FB mereka dan saya gembira kerana mereka mengambil berat aduan pelanggan. Baru sahaja pihak yang menjaga branch area manjung dan teluk intan, En sharizal menerangkan bahawa mereka sedar akan kesilapan ini dan akan mengantikan set yang baru untuk saya.

klik untuk tumbesaran

Tapi itu bukan sahaja masalahnya, saya redeem snack plate dan whipped potato. Tapi voucher yang sampai, saya dapat snack plate dengan chezzy wedges.. padahal front page letter tulis snack plate dan whipped potato. Mula-mula ingat tak kisah, tapi bila check pointnya perbezaan hampir 400 point, rasa tak berbaloi pula.

Sekali lagi, saya buat aduan di FB KFC. Feedback yang saya terima amat baik, dan pihak KFC akan menggantikan satu hidangan baru snack plate beserta air dan voucher untuk whipped potato serta saya boleh simpan voucher chezzy wedges.
 
Saya percaya pelanggan berhak mendapatkan apa yang dipaparkan jadi sekiranya kita rasa tertipu, adukan sahaja dan pastikan mereka feedback kita balik. Takkan company besar, RM1 - 2 pun tak mampu nak gantikan..





Pengarah dil to pagal hai, yash chopra meninggal dunia



Pengarah dan penerbit Yash chopra meninggal dunia akibar denggi. Berita dari Mstar. Sebelum demam K-pop ni, kita mesti ingat tahun 2000 kita pernah demam bollywood. Saya masih ingat lagi ada rancangan seperti irama bollywood, radio pun memainkan lagu-lagu bollywood dari filem kuch kuch hota hai, mohabattein, dil to pagal hai dan pelbagai filem lagi.




Saya sebenarnya bukan peminat bollywood sebab sebelum itu saya lebih minat filem dan lagu dari hong kong (saya kipas susah mati aaron kwok). Filem shah rukh khan yang pertama saya tonton adalah duplicate, saya tonton di Uitm Arau. Itu pun sebab kawan-kawan ajak, kalau tak mungkin saya tak pergi sebab saya bosan filem yang banyak lagu ni, lambat habis. Tapi jangkaan saya salah sebab saya sangat terhibur dengan lakonan shah rukh khan dan dari situlah demam bollywood sudah mula melanda malaysia.

Semasa itu, semua orang kenal SRK, salman khan, amir khan, kajol, karisma kappor dan pengarah karan johar pun sangat terkenal sehingga setiap filem arahannya dengan pelakon SRK dan kajol mendapat perhatian seluruh dunia.


 Mari layan salah satu lagu dari filem 'dil to pagal hai'


Sehingga sekarang saya masih lagi layan filem hollywood, so far saya suka sangat filem 'three idiot' kerana filem ini bukan mengenai cinta sahaja, tetapi mengenai persahabatan dan mengajar kita untuk mengejar cita-cita bukan hanya memenuhi kehendak orang lain.





 

Cup cake.. saya suka


Saya dapati di majlis-majlis perkahwinan, banyak yang dah beri cenderamata seperti muffin atau pun cup cake. Saya rasa ini lebih mudah, sebab selalunya bila kita order muffin @ cupcake, datang dengan kotak sekali, jadi mudah bagi pihak pengantin.

Saya pun sejak kenal dgn kak Ina, AnR delight suka sangat menempah cup cake untuk majlis pertunangan @ perkahwinan sahabat dan saudara saya.



 Terima kasih ANR delight.. Saya suka dengan kemesraan kak Ina yang sentiasa membantu dalam mencari kepuasan pelanggan.



kek pertunangan sepupu saya, Intan dan Shamie, Tema bunga-bungaan (pink + grey)


 Ini adalah cup cake yang saya tempah buat anak jiran yang bertunang (tema peach + blue)


Ini pula cup cake untuk hantaran majlis  perkahwinan my BFF (tema pink + purple)

Lain kali decoration macam mana pula yang saya nak.. maybe fantasi gitu!!


 

Bila Pemain badminton No 1 dunia jatuh cinta




Kesabaran Mei choo bukakan hati saya, so sweetkan kata-kata ini. Ini membuatkan saya teringat hubungan saya dengan Abg N yang juga bercinta 10 tahun sebelum kami mengikat tali perkahwinan. Saya faham bahawa lee chong wei mahu menumpukan pada kerjaya sebelum mendirikan rumahtangga, pasang surut satu hubungan itu bergantung pada pasangan itu sendiri. Sekiranya sang lelaki itu panas, kita sebagai wanita perlu menjadi air.. kalau sama-sama panas, hubungan sukar diselamatkan.Jadi bertolak ansurlah wahai kawan-kawan di luar sana.




Bukan senang seseorang yang memikul tanggungjawab untuk mengharumkan nama negara mengharungi dunia percintaan juga.. Tahniah Lee chong wei dan isteri.

Nampaknya Lin dan Xie Xing fang juga mengadakan majlis perkahwinan tahun ini, ada instint nampaknya musuh tradisi ini. Tapi pasangan ini telah mendaftarkan perkahwian mereka pada tahun 2008.

Sumber dari SINI

Nota kaki:
Kita tengok pasangan mana yang akan mendapat Baby dahulu, mana tahu lagi 20 tahun, kita boleh tengok perlawanan antara anak chong wei dan lin dan, siapa tahu kan??

 

Related Posts with Thumbnails