Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Happy new year 恭贺新禧 (gong he xin xi)

Corotan sepanjang 二零零八 (er ling ling ba) 2008, memandangkan saya baru saja memulakan nuraarin.blogspot ni pada bulan december, jadi rasa tak best kalau tak mengimbas kembali apa yang menarik terjadi dalam hidup aarin sepanjang tahun 2008:

二零零八三月 (er ling ling ba san yue) - mac 2008

  1. Saya kini sudah berkerja 4 tahun bekerja di company ni, bermula sebagai assistant R&D dan sekarang sebagai HOD of QC, saya berbangga dgn pencapaian saya di company ini tetapi masih mahu memajukan diri lagi.. next year target is BIG THING!! Dengan masalah ekonomi sekarang, company saya hanya merasa tempias sahaja tanpa melibatkan pemecatan sesiapa tapi better beware juga...
  2. Abah pula masuk hospital untuk minor operation, tapi menjadi kenangan sangat2 sbb ayah mmg takut bab2 operation ni, semua sedara mara semua dipanggil untuk menguatkan semangat abah dan alhamdullilah takde apa-apa..

二零零八五月 (er ling ling ba wu yue) - may 2008
Tahun 2008 sepatutnya aarin melangkah ke alam baru @ status baru tapi terpaksa ditunda kerana bakal ibu mertuaku tak sihat dan perlu menjalani pembedahan kerana mengalami minor strok.. Maybe jodoh belum sampai lagi walaupun mmg merancang nak bersatu tahun 2008 nie.

二零零八六月 (er ling ling ba liu yue) - jun 2008
Mama bermula sebagai pesakit pusat dialisis, di mana perlu menjalani dialisis seminggu 3 kali selama 4 jam, mmg penat tapi itu adalah jalan yang terakhir sebagai pesakit buah pinggang. Sebagai ahli keluarga, kami mmg mengharapkan yang terbaik utuk mama.

二零零八八月 (er ling ling ba ba yue) - Ogos 2008
8 tahun percintaan yang terjalin membawa banyak makna dalam hidup aarin, aarin jarang cerita bab-bab percintaan ni sbb takut over-exposed, saya selalu nasihatkan my friend jgn over-exposed sbb takut nn percintaan tak lama tapi memandangkan percintaan saya dah 8 tahun, bolehlah nak cerita skit2 sbb banyak benda yang berlaku patut di-ingati.. So itu next year punya story k

二零零八 十月 (er ling ling ba shi yue) - october 2008
Ini adalah bulan 2008 yang paling memilukan, eksiden kereta pada pagi hari raya. Nasib baik cuma pakcik saja yang patah tangan dan yang lain2 cuma cedera kecil sahaja, claim insurand almost rm25000 (apa lah workshop repair sampai mahal2 camtu), nampaknya insurans kereta nexy year naik balik lah. Tersadai gaklah kat workshop for 2 months dan saya jadi minah rempitlah, bawa motor balik, masa tu rasa bahagia sbb harga minyak tengah mahal..hehehe


Tahun 二零零八
Ramai kawan-kawan yang meninggalkan dunia bujang dan menuju ke alam perkahwinan, 2008 tahun 'ong' tuk kahwin agaknya.. ada gak membe yang nikah pada 08082008. Tahniah yer baby rien, bila nak dapat baby lak?

Itu adalah sekadar corotan yang berlaku yang aarin rasa aarin akan ingat sampai bila2 (sbb tu buat entri nie supaya aarin pun ingat gak).. Anyway, selamat tahun baru semua dan moga 2009 menjanjikan lebih kebahagiaan buat semua.

3 memberi idea:

Intan and The Boys said...

boleh tak perasan ada entri sebelum ni. entri pasal sayur plak ek.

aarin, semoga tahun 2009 bawa semula 'jodoh' kalian dan family aarin sehat2 je. ok?
part aarin accident tu, kite cam baru tau je. cian aarin.

LediAgli said...

moga 2009 ni banyak bawak perubahan.. 4 tahun dah jadik HOD perghhh cayalah

nuraarin-life said...

puterikurekure
amin utuk semua doa intan...

lediAgli
Company ni baru buka so senang ar skit nak naik pangkat

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails