Saya gembira hari ini, banyak benda yang hampir selesai, kasut (鞋 Xie) yang jadi masalah size dah settle dengan menempah di Dios astana, kat sana kasutnya cantik-cantik betul, nasib baik tak tempah sampai 2, membazir pula sbb cantik dan berenda, nak buat jalan-jalan rasa cam tak sesuai pula..
Kepada bakal pengantin yang mengalami masalah nak cari kasut saiz (尺寸 chi cun) besar, boleh lah menempah di dios astana, puchong..harga murah jer, RM90 sepasang.. Terima kasih pada LadyNoe sebab sebarkan maklumat ini( http://misi5april2009.blogspot.com/ ) , blog ini memberi banyak maklumat pada bakal pengantin untuk merancang perkahwinan kerana ianya menceritakan suka duka semasa membuat persiapan..
Ini contoh design, saya ambil warna putih campur silver
Ok, masalah yang paling utama telah pun selesai, nanti nak buat gubahan pula... Saya tak pandai pasal gubahan ini, jadi minta tolong makcik gubahkan, saya tolong sikit-sikit bolehlah.. gunting-gunting dan gam gam..
2 memberi idea:
wah! kasut ditempah lagi. kite pakai kasut rorine jek masa kawen. hehehe~
tak sabar nak tgk aarin pakai baju pengantin. :)
Nak pakai baju pengantin, lambat lagi, pakai kasut boleh lah dulu yek..
kasut rorine mahal tue, kalau ada size apa salahnya kan
Post a Comment