Baru- baru ini ada kisah artis 80-an Shidee yang berkahwin tetapi mendapat tentangan keluarga mertuanya.. Tetapi alhamdullilah, semuanya sudah selesai..
Aziz M Osman dan putri lily juga selamat melangsungkan perkahwinan mereka serta mendapat restu keluarga walaupun jarak umur yg begitu jauh..
Gambar sumber kosmo
Apa yg menarik mengenai kisah ini kerana Ibu saya juga berbangsa cina sebelum memeluk islam dan berkahwin dengan ayah saya.. sebelum ini keluarga ibu saya mmg tak menerima ayah saya, jadi terpaksalah ibu hanya menumpang kasih dengan mertuanya..
Tapi peribahasa ada mengatakan, air yg dicincang takkan putus begitu juga ikatan kekeluargaan ibu dengan keluarganya.. Pada usia saya 10 tahun, adalah pertama kali bertentang mata dengan datuk dan aunty saya (nenek meninggal sebelum saya dilahirkan).. Rasa takut mmg ada, sebab tak pernah mengetahui bahawa saya ada datuk yg lain.. Tapi rupa-rupanya mereka menerima kehadiran saya dengan penuh kasih sayang..
Semenjak itu, saya rapat dengan mereka sehingga ke hari ini. Tapi yang paling gembira semestinya ibu dan ayah kerana perkahwinan mereka direstui walaupun selepas 10 tahun..Penantian mereka berakhir dengan kegembiraan.
Apa yg penting adalah setiap pasangan yg ingin mendirikan rumahtangga tahu yg mereka sanggup mempertahankan rumahtangga walaupun dilanda apa jua masalah, kesetiaan pd pasangan masing-masing dan kesefahaman, sama seperti masa bercinta... Itu yang cuba saya sematkan dalam hati ini..
Nota kaki:
Tanpa restu keluarga adalah menyeksakan.. sekiranya dapat menyakinkan keluarga, insya allah mereka akan faham..
7 memberi idea:
harap2 perkahwinan mereka berkekalan
restu adalah penting...
smoga berbahgia hingga akhir hayat...
erhmmmm
x kemana bahagia kalau kawen x de restu
payah!@
hazzy:
kita doakan yg terbaik buat mereka
rasp:
Restu itu mmg penting
tedi:
banyak rintangan kalau tanpa restu, kena berusaha lebih!!
saudara mara..walau awl2 xmenerimanya..tetapi pada suatu ketika nnt mereka akan dapat menerima hakikat sbnr..dlm situasi mak awk..walau die disisih saudara pada awl2 nya..tp die memilih yang yg benar dgn memeluk islam..sesuatu yg tidak terhingga dari persaudaraan..
kalau niat kita baik
insyaallah Allah akan tolong.;)
btui2..sy skong kak aarin
Post a Comment