Gambar dari en google
Warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan dan dalam masa yang sama warna juga mencerminkan sifat peribadi seseorang... Tanpa warna dunia hitam putih mesti hidup jadi hambar dan suram...
Masa saya kecik-kecik dulu, tak tahu kenapa saya minat sangat dengan warna biru.. Satu almari kalau selak-selak jumpa baju kurung biru, T-shirt biru, kasut sport biru, basikal biru..pendek kata semua biru daa... Obses sungguh aarin nie yer... Tapi biasalah kanak-kanak riang.. Tapi saya perasan masa tu kebanyakkan kawan-kawan suka warna merah jambu, konon2 nampak cute kan.. dengan ikat reben tocang, cute sesangat nie..
Gambar alya dari mama alya. sungguh cute alya bertocang
Tapi eh eh.. Selepas memasuki alam pekerjaan ni,secara tiba-tiba warna kesukaan boleh bertukar...Adakah personaliti saya juga dah berubah?? Sebenarnya bukan personaliti tetapi akibat teguran.. Siapa yang menegur? Kenapa nak tegur-tugur saya..eh eh jangan tegur.. eh eh tetiba lak promote filem pieere andre ni apsal??
Ok, balik ke cerita asal, jauh merapu nie... hehehe sebenarnya ayah saya, En Yusuf yang menegur katanya
Cubalah pakai baju yang terang-terang skit, ini abah tengok asyik warna biru.. kalau biru, biru gelap jer, cuba pakai warna terang-terang, nampak ceria sikit
Oooo..inilah pencetus era perubahan aarin rupa-rupanya (sambil memegang dagu...)
Saya pun cuba pakai baju warna terang-terang nie... kuning, hijau, oren, merah.... Tapi dalam banyak-banyak warna masa tu, saya asyik beli warna merah jer (masa nie belum timbul rasa minat lagi)... Lama-lama sampai masa nak beli kereta, nampak jer dalam katalog terus cakap dengan ayah, Aarin nak MyVi Merah.. Masa tue baru baru sedar dari mimpi.. Saya dah jadi peminat TEGAR warna MERAH...
Jadi dengan ini saya mengistiharkan saya adalah peminat warna
MERAH
Oh, MyVi merahku..(gambar en google)
Dah bercerita warna kegemaranku ini.. Apa kata kita join contest anjuran khazisboutique
Hadiah yang menarik sangat-sangat.. Rugi kalau tak cuba contest ini...
Nota kaki:
Semasa menulis entri ini saya berbaju merah (ini fakta bkn Auta)
3 memberi idea:
ada kontest warna-warna? wah, mcm best....
jum check blog maksu plaks, ada kontest fotogenik :)
kite buat contest "PALING BLUE"pasney..heheheh
wah, merah. merah tanda berani. :)
thank u sbb join our contest. ur lucky number: 26. best of luck!
Post a Comment