Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Yang tinggal hanya pintu gerbang....

Rasanya semua dah tahu mengenai Penjara pudu yang diruntuhkan setelah lebih 100 tahun ia dibina. Ramai pakar sejarah yang menentang keputusan kerajaan untuk meruntuhkannya kerana nilai sejarah. Saya juga berpendapat begitu, Nilai sejarah bukan boleh dibeli, hanya masa sahaja yg mampu mencatatkannya.



Yg tinggal hanya pintu gerbang dan lukisan muralnya.. untuk apa? Untuk kita mengingati bahawa sebelum ini ada penjara pudu yg berusia 118 tahun di dalamnya. Generasi sekarang mungkin tahu mengenainya, yang akan datang hanya ada gambar dan dokumentari sahaja yg mampu membentangkan sejarah ini.

Walaupun tidak boleh dibanggakan kerana ia adalah sebuah penjara, tapi dari sudut lain kita boleh belajar bagaimana orang zaman dahulu mendirikan bangunan seluas ini. Moga keputusan kerajaan ini memberikan banyak kebaikan kepada rakyat.

Nota kaki:
Adakah kita perlu bangunan mencakar langit? Lagi tinggi lagi bagus yer...

5 memberi idea:

Hazzy Ishak said...

kerajaan ckap ni bukan warisan negara, so nak buat mcam mana

Mak Su said...

roboh dah? depa buatlah tempat berjualjualan kat dalam tu, sambil supping sambl beli barng.

myQza said...

derang kata penjara pudu x de apa2. :(

nuraarin-life said...

hazzy:
kita boleh protes dalam diam jer la

maksu:
bukan dah banyak ke tempat shopping?

tedi:
ah ah, sedih kan

tuan director said...

dalam kenangan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails