Sekali sekala makan berhidang dan dilayan mcm kat hotel best juga kan.. ada orang letakkan nasi, tuangkan air..dan horizon garden manjung adalah tempat yang sesuai.. Apa yang best mengenai horizon garden ini adalah set makananya..

Setelah hampir 2 tahun mendambakan meatball di IKEA, akhirnya impian tercapai juga untuk merasa keenakkan meatball IKEA yang sering dicanang-canangkan blogger2 semua.. Pergi IKEA semata-mata untuk dinner sahaja, bak cari parking pun hamper 15 minit tapi meatball punya pasal, saya masih lagi tenang. Sampai food court, ramai pula orang tapi masih lagi beratur dengan tenang. Masa nak order makanan, dalam kepala nak ambil banyak dalam 20 ketul.. tapi fikir-fikir balik 15 ketul.. sebab ada chicken wing dan potato lagi.
Saya mengambil kesempatan sempena cuti Depavali untuk mengajak hubby menonton wayang Istanbul aku datang dan cold war.
Asia’s safest city is about to be tested.
In Asia’s safest city, the police have long been untouchable. Approaching midnight in Hong Kong, police headquarters receives an anonymous call: a fully loaded police van carrying the force’s most advanced equipment and five highly trained officers has disappeared off the grid. The hijackers possess direct knowledge of police procedures and are already several steps ahead. The police must meet a list of demands to ensure the hostages’ release, including the delivery of a large ransom. Any delay will cost lives. The clock has begun to tick.
2 minggu lepas saya redeem point daripada snax card KFC dan telah mendapat surat untuk mendapatkan snack plate. Lama juga saya simpan point, hampir 2 tahun baru saya redeem. Jadi saya sangat excited untuk redeem makanan free, hehe
Tapi semasa saya hendak redeem, kakitangan KFC menjelaskan bahawa kandungan surat menjelaskan saya hanya mendapat snack plate tanpa air, padahal semasa saya redeem, gambar menunjukkan ada air. Tapi memandangkan orang pun ramai, saya malas nak bercerita panjang.
Saya dapati di majlis-majlis perkahwinan, banyak yang dah beri cenderamata seperti muffin atau pun cup cake. Saya rasa ini lebih mudah, sebab selalunya bila kita order muffin @ cupcake, datang dengan kotak sekali, jadi mudah bagi pihak pengantin.
Saya pun sejak kenal dgn kak Ina, AnR delight suka sangat menempah cup cake untuk majlis pertunangan @ perkahwinan sahabat dan saudara saya.
Baru-baru ni Abg N dapat customer dari california, kalau dari KLIA ke KL dalam RM70-80 sahaja (ikut meter) tapi memandangkan customer ni tak sempat nak tukar duit so dia offer nak bagi USD, so Abg N terima sahaja. Dah sampai KL, customer bagi USD 40 dengan tips katanya Abg N saya pemandu teksi yang ramah and jujur sebab pakai meter. So, pemandu teksi yang lain, ramah-ramahlah dengan penumpang, jangan bawa teksi dengan muka ketat jer.. untung-untung ada tips..
Hari ini ingat nak tukar kat money changer, so check dulu tukarannya, rupa-rupanya nilai RM dah tinggi berbanding USD.. ingatkan USD 1 = RM 3.5 lagi..
Semasa Pertandingan Asian wave 2012, Shila Hamzah menyanyikan 2 buah lagu Cina, tapi saya paling suka lagu 'Zheng fu' sebab nyanyiannya sangat menyentuh hati.. Tahniah, Shila
Saya percaya ramai yang selalu minum susu dutch lady ni, saya pun minat sangat perisa coklat dan sering makan koko krunch bersama dengan susu fresh milk rendah lemak.
Sekarang ni ada product baru iaitu chocholate drink eazy mix, kalau kawan-kawan jumpa yang promosi siap ada thumbler eazy mix yang sangat comel.
Kenapa mesti beli?
Rasa coklatnya yang penuh seperti membeli air kotaknya. Buat yang suka minum coklat panas, minuman ini memang sesuai. Minuman Coklat ini juga sangat berkhasiat kerana mempunyai Omega 3 dan 6 serta mempunyai 8 jenis Vitamin B (Vitamin B Kompleks)
Macam mana nak sediakan, senang sahaja:
Bancuhkan 4 sudu serbuk coklat ini bersama 200mL air panas (kalau dapat thumbler senang nak sukat) dan goncang. Kalau nak sejuk boleh tambah ais atau sejukkan dalam peti ais, dijamin sama dengan rasa air kotak.
Bukan iu sahaja, sekarang ini adalah masa promosi, dengan melayari FB dutch lady anda berpeluang untuk memenangi RM50 apabila menyertai permainan biar betul, cuba rasa
Sempena cuti satu malaysia, kawan Abg N kahwin di Felda tementi, triang, pahang. First time ikut Abg N ke kenduri kahwin untuk bermain kompang.. Jangan tak tahu, Abg N ni pemain kompang tegar..
Meh layan gambar dulu