Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Adakah keputusan SPM penentu kejayaan kita


Gembira dan bangga melihat remaja-remaja yang lulus dengan cemerlang untuk SPM mereka ini. Teringat masa aarin ambil result SPM dulu, perasaan takut tak ada pun sebab kena kerja so ingat nak ambil result dan terus pergi kerja (tambahan pula rasa boleh dapat pangkat 1, masa tu ikut aggregate lagi)

Tapi keputusannya tak sebaik yang disangka, walaupun still dapat pangkat 1 tapi english gagal.. masa tu fikir kenapa boleh gagal? teruk sgt ker english aarin ni.. Rasa kecewa bertambah bila sepupu jadi best student. Perasaan masa tu rasa diri ini kerdil sangat..melukut di tepi gantang (wah, emo nampak)

Nasib aarin baik juga sebab dapat masuk UiTM, tapi dapat ambil pra sains jer ibarat sebelah kaki jer dalam Uni tu,  so masa tu pulun betul-betul dari pra meningkat ke diploma dan ijazah, mmg tak berputus asa, nak buktikan bahawa walaupun SPM saya tak sebaik mana tapi saya mampu juga mengambil ijazah sama dengan sepupu saya.

Dan alhamdullilah hingga kini saya berjaya menjawat jawatan yang agak tinggi di company saya ini..Kadang-kala saya berfikir mungkin kerana keputusan SPM yang tidak memuaskan hati membuatkan saya lebih rajin memajukan diri untuk berjaya.. Bila kita terlalu pandai, ada yang tak boleh kawal diri seperti kes sufiyah 



p/s - Adakah SPM betul2 penentu masa depan? Fikir-fikirkanlah...

0 memberi idea:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails