Semalam ambil cuti separuh hari kerana menolong ibu menyiapkan tempahan roti jala.. Dah lama berhenti meniaga semenjak musim durian habis.. sebab abah nak berniaga masa ada durian sahaja, pelanggan suka kuah durian cicah roti jala.. Tapi bg yang dah tahu kami menerima tempahan, adalah rezeki sekali sekala nie..
Sebelum ini ada org tempah tapi cuma 100 keping jer, tapi semalam sampai 300 so kenalah korban cuti untuk menolong ibu..
Roti jala dijala dan sedang masak di atas kuali
Dilipat dua sebelum digulung
Roti jala yang sudah siap digulung
Eh.....kuahnya mana??
Ini dia, kari ayam..pekat betul kari ni
Sesetengah org suka lipat segitiga atau segiempat roti jala tapi saya suka gulung sebab nampak lebih besar dan senang diambil dalam bekas...
Nota kaki: Tempahan ini dari ahli keluarga ali bagas, intan kenal kan?
3 memberi idea:
lamanya tak makan roti jala...
i suka yg gulung...
sbb senang nak ngap hehehehehe
x pernah buat sendiri. selalu belinya
rasp: gulung nampak comel skit.. Terus semua masuk mulut..besar mulut sis nie
tEDi: resepinya mudah sahaja.. sure sis boleh buat!!
Post a Comment