Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Pengalaman: Interview dengan orang kerajaan

Membaca kisah puteri kurekure membuatkan saya teringatkan kisah saya interview 6 tahun lalu masa nak jadi orang kerajaan juga, tapi peringatan saya GAGAL mendapatkan kerja itu.. jawatannya sebagai pegawai sains...Jadi jangan tiru aksi ini.

Nampaknya selepas 6 tahun, cara interview dgn kerajaan masih lagi sama, patutlah sampai ada E-book macam mana nak interview kerja kerajaan gerenti lulus.. (goggle kalau nak tahu mcm mana nak mendapatkan bukunya..Peringatan: saya tak beli sbb tak dapat interview lagi lepas pengalaman pertama itu, orang putih kata pengalaman The one and only sahaja)

Mula-mula sampai tengok ramai betul orang.. kat Ipoh pun ramai macam tue apatah lagi negeri2 lain.. Saya masa tue baru sahaja habis belajar tapi dah dapat keje ngan swasta., baru keje 2 minggu.. Kawan2 seperjuangan pun banyak juga yang dapat interview ini, mungkin masa tu kerajaan nak tambah pegawai sanis kut..

Ada 2 orang yang interview saya.. kira 40-an juga.. masuk bagi salam, suruh duduk baru duduk, handbag letak di tepi kerusi, duduk pula tegak jer, kaki sure sopan sbb para interviewer boleh tengok kita dari atas ke bawah (jgn fikir serong ah....)

Start interview mmg best, sbb rileks jer, tanya pasal famili, sekarang buat apa.. kira macam nak bagi kita jangan gementar... after 10 minutes, tetiba jer jadi serius.. giler serius.. kata interview tadi kita dah bersoal-jawab dalam BM, kali ini kita BI pula, takkan nak jadi pegawai BI tak bolehkan?

Masa nie dah start cuak... padahal bukan tak leh speaking (skit2 la) tapi sbb rasa dah serius automatik peluh dah memercik2.. masa tue semua info dah lupa sampai soalan paling basic pun kantoi... Dah habis, beri salam dan balik lah.. Tapi dah tahu sebab rasa tak capai standard.

Mengapa saya GAGAL, antara soalan yang saya gagal jawab dengan baik:
a) Nak jadi pegawai sanis di jabatan kimia tapi ada berapa cawangan pun lupa?
b) Ini soalan sains: kalau kita nak buat dilution, acid tambah pada air atau sebaliknya? Sila jawab, nnt saya bg jawapanya
c) Negara kita ada berapa wilayah persekutuan? serius tak tahu
d) kalau kami hantar ke sabah/ sarawak, terima tak? (mengapalah saya kata tak mahu..isk isk isk, menyesal)


Ada 2 orang kawan sekelas yang mendapat jawatan itu masa itu, kedua-duanya dihantar ke sarawak.. Agak2nya kalau saya dapat, mungkin saya ke sarawak tak?

Nota kaki:
Sampai sekarang tak dapat apa2 pangillan pun , mungkin jodoh saya dengan kerajaan tak kuat nie... nak kena mandi bunga ker?

5 memberi idea:

Hamzah Ian said...

nice entry eh..

sI tEDI said...

paper hari ni,
seorang pegawai di SPA di tahan sbb tukar surat keputusan temuduga, dari x lulus dia taip lulus. mcm2

puterikurekure said...

hehe. nape aarin jawab tak sanggup pi sabah/sarawak? kita sanggup je. demi mu keje gomen. hehe.

tapi kita agak tak dapat la niii.... huhu.

Salmia said...

pernah sekali je intebiu dgn gomen.GAGAL.. hehehehe.. skang keja swasta. ok la.. :)

ms sz said...

Ain, pengalaman saya, saya 2 kali interview.

Sekali Gagal sebab orang tu cakap, sy tak layak jawatan tu dan suruh sy cari kerja level diploma (ms tu apply gred SPM).

Kali kedua alhamdulillah saya lulus. 30 minit kot dalam bilik temuduga, layankan 3 org yang menemuduga. Kita memang kena tahu semuanya hal berkaitan dengan kerja yang kita mohon tu.

phew! Letih.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails