Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Baru remaja dan nak ubah muka. kalau dah tua agaknya nak buat apa lagi?

First time saya tengok penyanyi remaja dari filipina ini, Charice daripada Oprah Winfrey show


Mmg terpegun dengan suaranya yang lantang ini, ditambah dengan umurnya yang masih muda (masa ini baru berumur 16 tahun), bila dia diundang oleh oprah untuk menunjukkan bakatnya saya dah tahu dia akan popular tak lama lagi.

Tapi kini bila dia dah dikenali, dia dah rasa tak puas hati dengan apa yang dimiliki. Kerana mahu berlakon dalam drama muzikal Glee, dia sanggup mengambil suntikan botox dan membuat pembedahan kecil untuk mengecilkan mukanya yang bulat..

Ok adik, kalau kecil-kecil macam ini pun dah fikir nak buat pembedahan kosmetik, nanti besar nanti mesti ada lagi perubahan yang awak nak. Nak jadi macam MJ ker, sampai nak keluar rumah pun kena pakai topeng sebab takut hidung cair. (Nasihat macam dia faham dan baca entry ini)

Apa-apa pun, kalau nak cantik, kurus atau apa sahaja, banyak lagi cara lain yang tak memudaratkan kesihatan atau buat kita menyesal di kemudian hari...

Nak kurus, kita bersenam, Nak nampak muka kecil, minta pakar solekan yang melambak2 di US tu buatkan.. Boleh kan?

Nota kaki:
Bersyukur dengan apa yang saya miliki dan berbangga dengannya...

1 memberi idea:

cikpia said...

lumrah manusia...... tak penah berpuas ati ngan kurniaan Nya.....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails