Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Hanya tinggal rangka dan abu..serta kenangan

Isnin lepas menerima berita mengejutkan daripada makcik saya di Cheras mengatakan rumah anaknya iaitu sepupuku terbakar.. Makcik dengan sepupu adalah sekampung cuma rumah berjauhan lebih kurang 10 meter sahaja tapi hanya rumah sepupu saya yang terlibat, api dapat dipadam sebelum sampai ke rumah makcik.

Tapi alhamdullilah tiada yang cedera dalam kebakaran ini, itu yang terbaik. Harta benda boleh dicari tapi kalau kehilangan nyawa..

Kebakaran ini melibatkan 10 buah rumah terbakar dan impak daripada kebakaran ini, kesemua penduduk di sungai kerayong diarahkan untuk berpindah demi keselamatan mereka. Walaupun berat hati tapi makcik saya terpaksa juga menurut.. Ialah daripada rumah menjejak tanah kini ke rumah pangsa untuk orang tua mmg berat hati tapi apakan daya.. tiada lagi ruang bercucuk tanam atau tempat untuk membela ayam, moga makcik tabah..

 Pokok pun sampai kering, atap yang kelihatan adalah rumah makcik, nasib baik bomba sempat selamatkan rumah makcik

Makcik dan mak di tapak kebakaran, di belakang adalah rumah makcik yang terselamat daripada terbakar

Yang tinggal hanya rangka dan abu.. tiada apa pun barangan yang dapat diselamatkan

Keluarga yang prihatin, melawat makcik dan sepupu untuk memberi kata-kata semangat

Kejadian kebakaran ini berlaku di waktu siang, sekiranya malam tak tahulah samada kejadian yang tidak diingini boleh berlaku kerana sepupu saya mempunyai 2 anak kecil dan suaminya hanya bekerja shift malam.. Buat sepupuku Ecah, sabarlah menempuh dugaan ini..

Nota kaki:
Malang tidak berbau.. tapi selepas kebakaran seminggu pun masih lagi berbau asapnya..

2 memberi idea:

Hazzy Ishak said...

bahaya kalau kawasan rumah yang rapat macam setinggan, risiko kebakaran tinggi.

cikpia said...

teruk tu..... sian......

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails