Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Dah lama tak buat tag.. Mari kenal aarin lebih mendalam

Aarin ditag oleh Mrs.e..

SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
Aarin sebenarnya anak tunggal dalam keluarga.. kacukan (ewah,ewah) chinese + malay..
Ada seorang adik lelaki (sebenarnya sepupu) yang kami jaga dari kecil lagi, so kiranya saya mengakui saya ada adik lelaki dan saya sayang adik saya..




SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
Hmmm..sendiri menilai diri sendiri..
Disamping rakan, saya adalah seorang yg kurang bercakap, berterus terang, tak suka campur tangan hal kawan2 tapi sebenarnya ambil berat. Kiranya saya beri pendapat tapi nak mereka fikir sendiri logik tak pendapat saya tue. kalau sembang2, tangan mesti naik sekali, baru trill bercakap mcm berpidato.
Tapi kalau tak kenal saya, sila abaikan muka sombong yang amat dan tak reti2 nak senyum kat sesape pun. Artis lalu pun baik senyum kat saya dulu yer


5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
1) Saya nak kahwin,hehehe
2) Saya nak ada aset sendiri iaitu rumah sbb kereta dah ada
3) Nak sangat melawat negeri china actually dah pergi tapi urusan kerja, saya nak yg betul2 melancong
4) Nak ada bisness sendiri, tak kira bidang apa pun sbb rasa buat bisness lagi best dari makan gaji
5) Nak ada duit juta2..hehe, tak adalah sampai juta2 tapi kalau kecemasan sekurang2nya tak panik kan

SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
Boleh rahsia dulu tak..kita panggil abg N dulu yer

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
1) Sangat-sangat kelakar
2) Sangat-sangat mengambil berat tentang apa sahaja dari segi penampilan hingga urusan kerja
3) Punctual dan secara tak langsung mengajar saya untuk menepati masa juga
4) Berkeyakinan tinggi dan selalu memikirkan masa depan
5) Dia menyayangi familynya so saya tahu dia adalah seorang yg bertanggungjawab

BILA TARIKH COUPLE
Tarikh sebenarnya tak tahu sbb masa tue rasa mcm di awang-awangan lagi, hahahaha yg tahu bulan Ogos tahun 2000.. ada detik masa pengiraan kami di bawah sekali k

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
Memang ada, sedangkan lidah lagi tergigit apa lagi kawan-kawan.. Tapi saya tak nak huraikan di sini kerana saya anggap sebagai pengalaman berkawan, kini kami pun dah baik


LAGU TEMA CINTA ANDA
Lagu tema macam drama pula
Sebenarnya banyak sbb abg N memang suka karaoke.. tapi dalam banyak2 saya kena pilih lagu Oh Fatimah (sbb tajuk tue nama saya) dan juga sillaturahim (samudera)




Mmg layan betul lagu nie tapi abaikan video klip yg poyo skit nie


APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
Perubahan... Saya perlu berubah kalau mahukan dia juga berubah..maknanya tiada siapa yang sempurna.. saya terima dia seadanya


TAG 10 RAKAN LAIN
Tak nak tag sbb rasa dah ramai yang jawab tag nie.. tapi sesiapa yg rasa nak kenalkan diri, sila jawab tag ini k

Nota Kaki: Jom karaoke!

2 memberi idea:

myQza said...

Alhamdulillah.. lamanya kamu berkawan.

semoga kekal hingga ke syurga! :)

nuraarin-life said...

Berkawan lebih mudah dari mengekalkannya dan alhamdullilah sehingga kini kami berjaya

terima kasih utk doa2 tedi...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails