Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Tangisan kegembiraan dan kesedihan di pagi mengambil keputusan UPSR

PENYANYI  Hattan dan Nurul  gembira dengan keputusan anak mereka Adam Eman dan Ayu Nazirah yang sama mendapat keputusan 5A bagi UPSR 2010 di SK Tun Dr Ismail (1) Kuala Lumpur. - Utusan/ISMAIL KAMADIN


Sangat berbangga dengan keputusan UPSR anak-anak artis yang berjaya mendapat 5A walaupun anak-anak ini terpaksa bersepan dengan pergolakan rumahtangga ibubapa mereka. Seperti yang kita tahu, nurul dan ajai serta hattan dan ariani sudah bercerai dan saya percaya walaupun telah berpisah, mereka menjaga anak-anak mereka dengan baik, Itu yang perlu dicontohi oleh semua artis termasuk orang biasa iaitu bila berpisah, jangan abaikan anak-anak sehingga mereka terjebak dengan kegiatan yang tidak baik. 
 

 
SEDIH... raut wajah Mohd Firdaus Mohd Roslan jelas menggambarkan betapa sedihnya setelah mendapat keputusan UPSR yang kurang memuaskan.Beliau yang merupakan pelajar peralihan dari Sekolah Jenis kebangsaan Cina yang baru berpindah di Sekolah Kebangsaan Batu Lintang sejak tiga bulan lalu mengakui amat sukar bagi dirinya menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran di sekolah baru antara faktor kemerosotan pelajaran yang turut diakui oleh Guru Besar Annie Soon ketika di temui di Kuching, Sarawak. - Utusan/AMI

TITISAN KEGEMBIRAAN...murid tahun 6,Nur Amiera Natasya Kamaruzaman yang mendapat keputusan 5A melihat slip keputusan peperiksaan UPSR dengan linangan air mata sebagai tanda syukur di Sekolah Kebangsaan batu Lintang,di Kuching, Sarawak.  - Utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


Dua gambar berikutnya menunjukkan antara tangisan kegembiraan dan kesedihan. Bukan sahaja ibubapa yang menaruh harapan yang tinggi terhadap anak mereka, tapi pelajar itu sendiri juga menaruh harapan untuk berjaya dan bila gagal janganlah kita memarahi mereka, cukup sekadar menegur dan menasihati untuk berusaha dengan lebih baik lagi. Itu yang saya lakukan pada adik saya kerana marah-marah juga tak berguna kerana dia akan lebih memberontak.

Sya dahulu bersekolah rendah cina, jadi ada 6 matapelajaran dan alhamdullilah saya berjaya mendapat 3A 3B dan berjaya untuk mengelak memasuki sekolah peralihan. Perasaan masa itu memang tak tergambar sebab tak ramai pelajar melayu yang mahu belajar di sekolah cina padamasa itu jadi saya menjadi tumpuan sehingga masuk suratkhabar cina tapi artikel tu saya tak simpan pula, rasa terkilan sehingga sekarang.


Nota kaki:
Tahniah kepada sepupu saya, Nur Fatihah yang mendapat 5A.. Saya sangat berbangga dengann kamu!!



3 memberi idea:

cikpia said...

my sist dapat 3a 2b... satu keputusan luar jangkaan sebab sepanjang dok kat umah, TAK PERNAH LANGSUNG nampak dia pegang buku.... he he..... alhamdulillah la....

sabree hussin said...

anak buah saya siap ada dapat E lagi, tak nangis pun hhu

Kancilbiru said...

pandai2 jugak anak2 artis malaysia ni..bagus belajar rajin2 kalau nak jadi artis pun takpa, bijak pandai...hihihi

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails