Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
K.R.U

Tajuk seringkas ini tapi nama K.R.U itu sebenarnya membawa pelbagai perubahan dalam industri muzik dan perfileman tanahair (budget berucap macam macam saya ni artis).

Album pertama K.R.U, canggih 1992

Kenapa saya terpanggil mahu membuat entry khas untuk K.R.U yang pernah dan masih lagi menjadi artis yang saya kagumi? Kerana mereka ada visi dan matlamat dalam kerja mereka.. mereka percaya bila kita ada wawasan, dengan menjadi artis juga mampu menjadi usahawan.

Saya lebih mengenali K.R.U semasa album ke-2 mereka iaitu album reKRUed walaupun sebelum itu mereka popular dengan lagu hanya kau dan cherina melalui album sulung, Canggih (semasa ini perkataan canggih juga mulai popular)

Sejak itu saya mengikuti perkembangan karier mereka daripada album awas hingga KRUnism. Dari Yusry berlakon hingga beliau mengeluarkan album solo, saya tidak pernah jemu menyokong mereka. Saya boleh nampak mereka bersungguh-sungguh dalam karier mereka.

Kini mereka mengorak langkah sebagai produser dan pengarah filem. Kejayaan terbesar semestinya melalui Festival filem malaysia ke-23 dimana filem Magika diangkat sebagai filem terbaik dan edry juga berjaya diiktiraf sebagai pengarah harapan terbaik. Walaupun saya pernah mengkritik filem ini tapi saya tidak boleh menafikan elemen magikal dan konsep memperkenalkan watak-watak dongeng kepada generasi muda adalah sangat bagus.

Teruskan K.R.U memperjuangkan industri filem dan muzik negara. Walaupun ramai yang mengkritik, tetapi percayalah bahawa mereka di luar sana sangat cemburu dengan kejayaan yang anda perolehi dalam usia yang muda.

 Saya suka kulit album ini, formula luar biasa yang memuatkan lagu my most favorite song, jangan lafazkan


Nota kaki:
* Kredit gambar pada aku dan sesuatuz

0 memberi idea:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails