Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Kenapa nak sembunyi-sembunyi??

Selalu tertanya-tanya artis ni bila ditanya bercinta ker? Semuanya tak mahu mengaku, tapi bila putus, canang satu malaysia kata putus, bila masa bercinta tak ngaku, tapi bila putus mengaku pernah bercinta, pelik pelik..

Ini yang terbaru farid kamil ngan diana daniel (DD), sebelum ni rasanya tak pernah dengar diaorang ni bercinta kan, tapi bila farid dah gaduh-gaduh manja ngan ex-bf diana, shamsul yusof terus mengaku DD tu teman wanita dia..

Ini ayatnya, dipetik dari SINI..

‘Saya cemburu dengan Syamsul sebab Diana? Buat apa? Logik ke? Kenapa saya perlu cemburukan dia pula, tak ada sebab. Sepatutnya Syamsul yang perlu cemburu kepada saya sebab sekarang ni Diana sudah jadi teman wanita saya. 

Kan terang-terangan mengaku DD tu teman wanita dia.. So jangan gossipkan Lisa surihani dengan farid lagi, tak sesuai k..

Samalah dengan kes Fasha sandha, bila jejai dah kena ngorat, baru ngaku jejai tu teman lelaki dia.. Tahu takut kena rampas lak

Lepas ni, kita tengok artis mana yang tak mengaku bercinta, tapi bila dah putus baru dengar sebab-sebab putus, tapi selalunya alasan paling banyak didengar adalah "tiada persefahaman".. Yang saya tahu masa bercintalah kita mencari persefahaman itu, macam mana kita boleh jatuh cinta? Mula-mula mesti mengenal hati budi, kemudian perlahan-lahan baru lah fall in love kan, tapi dunia artis ni, saya tak pastilah.. Mungkin hanya berdasarkan kecantikkan atau ke'macho'an, dan terus bercinta.

Bagi saya, proses untuk mengenali seseorang itu memang makan masa, ada juga yang baru kenal dalam setahun terus nak kahwin, seperti kawan baik saya, wani.. Dan mereka akan bercinta lepas berkahwin.. ada seronoknya juga. Walaupun saya ini bercinta sangat lama tapi saya yakin onak dan duri dalam percintaan ini yang menguatkan kasih sayang kami. Jadi doakan kebahagiaan kami juga yer!!

1 memberi idea:

Mak Su said...

seelok2nya biar cool dan relax dlm menjalinkan perhubungan, yang lite-lite saja.

all the best to you and your tunang :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails