Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Anugerah juara lagu -25: Lagu yang layak ke separuh akhir

Saya kena akui memang rasanya tahun ini tak pernah menonton muzik-muzik yang disiarkan tiap hari sabtu. Pertama sebab saya berniaga dan sebab kedua rasa macam muzik-muzik dah hilang serinya bila tiba penghujung tahun Anugerah juara lagu, saya layan sebab nak tengok persembahan artis.

Ini adalah senarai 30 lagu yang bakal berentap dalam muzik-muzik 25 dan hanya 12 lagu akan dipilih untuk ke Anugerah juara lagu ke-25. Pengacara masih dikekalkan iaitu cheryl samad, faizal ismail dan ally iskandar, sayang memang suka kombinasi mereka bertiga, menghidupkan suasana.

8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an :

  1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
  2. Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
  3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir  Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  4. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  5. Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
  6. Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
  7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  8. Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
  9. Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
  10. Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
  11. Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
  12. Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
15 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 90an. Artis Jemputan: Ramlah Ram :
  1. Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
  2. Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
  3. Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  4. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
  5. Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  6. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  7. Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  8. Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
  9. Cinta Kosmik – The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
  10. Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  11. Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
  12. Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
22 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema Milennium :
  1. Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
  2. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
  3. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
  4. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
  5. Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
  6. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Lagu pilihan saya yang saya highlight merah, piliihan saya mengikuti lagu yang tercalon dalam setiap kumpulan dan juga apa yang selalunya lagu yang berjaya masuk ke Anugerah juara lagu. Tapi saya tak setuju cara lagu tahun lepas dipilih dimana mereka memilih 5 lagu untuk hari pertama dan kedua dan hanya pada hari ketiga baru diumumkan kesemua lagu yang berjaya. Jadi bila kita berjaya pada hari pertama dan kedua tidak bermakna kita layak sepenuhnya, still kena tunggu hari ke-tiga. Tahun lepas ada 2 lagu yang ditolak sebab pada hari ketiga walaupun ada 6 lagu sahaja yang bertanding tapi 4 lagu berjaya layak ke akhir dan mengecewakan lagi 2 artis yang bertanding sebelum itu.

Lagu yang bakal menjadi juara memang tak boleh nak ramal sebab semuanya hebat-hebat belaka tapi tahun  lepas memang saya dah agak yang Yuna boleh menang (walaupun ke-dua) sebab masa tu muzik yang yuna bawa sangat 'in'.. Tahun ini, siapa pun boleh jadi juara..

* Kredit to budiey

Nota kaki:
Anda suka siapa?

1 memberi idea:

Muhammad said...

semuanya cantik dan teratur...singgah laa kew blog saya..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails