Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
"LITTLE FINGERS contest 3"

 
Contest yang ke-3 ini bersempena dengan birthday Aerish yg ke-2 padan 4th january 2011...
 
" Selamat hari jadi aerish, auntie doakan moga aerish membesar dengan sihat dan ceria "


Kategori satu: Gambar masa kecik-kecik

Maaf kalau kualiti gambar kurang memuaskan. 

Saya paling suka gambar ini sebab saya baru saja masuk sekolah cina, umur 7 tahun dan pertama kali rambut dipotong pendek so terasa sangat cute. (eh, puji diri nampaknya). Rasa macam model kanak-kanak pula, dengan memegang skirt dan bunga.. Gambar ditangkap di dalam studio, tiap-tiap tahun memang saya akan tangkap di studio dari umur saya setahun hingga 18 tahun. Selepas itu, saya tangkap gambar luar sahaja sebab masa tu camera pun dah canggih kan..


Kategori dua: Kenangan tidak dapat dilupakan

Saya pun tak tahu cerita saya ini kategori sedih atau lucu. Pn Eb tolong nilaikan la.Semasa saya berumur 7 tahun, semasa itu saya demam tapi saya berkeras nak ikut mama saya ke pasar. Pasar tak jauh pun jalan kaki dalam 10 minit sampai tapi kerana demam mama tak bagi pergi. Tapi saya ikut juga, so dah sampai pasar mama masuk kedai nak beli ayam, kedai ayam yang tempat memproses ayam tu, saya pula nak menutup payung. Tiba-tiba terdengar bunyi seperti sesuatu yang amat berat jatuh, dengan kedengaran bunyi ayam-ayam yang bising, rupa-rupanya saya pitam dan tumbang berdekatan dengan ayam-ayam. Patutlah ayam tu bising. Saya memang bergelumang dengan bulu dan taik ayam la. Akhirnya pakcik jual ayam yang hantar saya balik naik lori. Malu ooo sampai sekarang kalau jumpa pakcik jual ayam mesti kena perli "jangan tumbang lagi. nnt kena taik ayam"

Pengajaran: Jangan melawan cakap mama!!

Kategori tiga: Nama manje

Setahu saya nama manje masa saya kecik-kecik dulu adalah INTAN PAYUNG. Saya ni kecik-kecik kuat merajuk juga jadi ayah saya yang menamakan saya intan payung kalau nak pujuk saya. kan ke bila orang pujuk suka kata "ala ala intan payung, janganlah merajuk" lebih kurang macam tu dialognya. Lama-kelamaan melekatlah nama tu.

Dah bercerita panjang, mari kita tengok hadiah..



Kalau mahu join, klik pada gambar hadiah di atas INI.

1 memberi idea:

eB ezrin said...

ha ha ha.... klakar & sedih la kot...

gd luck yer... >_<

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails