Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Ngangkung dan Aku tak Bodoh


NGANGKUNG

Tunggu dan tunggu akhirnya saya marathon 2 filem dengan Abg N.. hehe tercapai hajt nak tengok ngangkung, nasib baik panggung wayang sitiawan ni ada lagi tayangan walaupun dah lepas 3 minggu, mungkin sebab dapat sambutan lagi, masa saya tengok pun ramai lagi penonton.

Tapi saya sedikit kecewa, bukan nak kata filem ini tak bagus tapi rasanya yang bagus-bagus semua dah keluar dalam iklan jadi tinggal yang biasa-biasa sahaja untuk ditonton. Oh ye, suara sam mmg menyakitkan dah macam orang terncat (kata Abg N).. Kalau nak lari dari karektor adnan sempit sekalipun, tak perlulah ubah suara mungkin boleh ubah penampilan, rambut bg pendek, jambang bg panjang sikit ker ..ini rambut panjang mesti kita ingat adnan sempit lagi.

Tak mahu ulas banyak filem ngangkung sebab saya percaya ramai dah tengok, kalau tak takkan boleh box office melebihi 7 juta.


AKU TAK BODOH VS I'M NOT STUPID

Sekali tengok aku tak bodoh rasa macam ulang tayang i'.m not stupid, dari segi penceritaan memang sama dan lakonan pelakon kanak-kanak tidak mengecewakan sebaliknya pelakon berpengalaman seperti amy mastura dan riezman yang kurang berkesan di hati. Amy, sila menangis dengan keluar air mata, sudin menangis lagi 'touching'.. Nak tahu siapa sudin sila baca review dari Hans, sangat bagus!!

Saya tak mahu ulas lebih lanjut sebab nnt saya bandingkan 2 filem ini, tapi satu jer nak beritahu aku tak bodoh best dari ngangkung, ini pendapat saya!!

0 memberi idea:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails