Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Nescafe kick start: Where dream become reality

Perasan tak ada iklan baru dari nuffnang ni.Mula-mula masa tengok iklan nescafe kick start ni, ingatkan ada season baru, yang keluar kat tv3 dengan host cheryl samad tu..

Mari kita imbas kembali pemenang nescafe kickstart:

Musim pertama
Aidan Aquinas Chew Ker-Sih dinobatkan sebagai juara musim pertama kerana ideanya yang merupakan EZY-AID, sistem yang membantu pemandu mencari ruang meletak kereta dengan lebih cepat, mudah, dan menjimat masa,syarikat beliau diberi nama Vigilant Systems. Saya tengok di sunway pyramid ada sistem parking ini, agak2nya mungkin dari syarikat pemenang ini.

Musim ke2
Francis Yong Fah Guok, seorang pelajar Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, menjadi juara musim ini dengan idea program ganjaran kitar semula di sekolah, diekori Hayati Mohd Ehsan selaku naib juara untuk idea pembangunan "manga Malaysia."

Musim ke-3
Oh Joo Nee menjadi juara wanita pertama dalam sejarah rancangan ini dengan idea membuka studio tarian sendiri. Studio itu dinamakan "Let's Dance" dan terletak di Pulau Pinang. Masa nie blogger terkenal kenny sia pun dikemput ke studio tarian ini.

Musim ke-4
Noor Hazmy bin Mohd Noor (aka "Laloque"), seorang pelajar bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Multimedia Melaka, merangkul hadiah utama RM150,000 untuk merealisasikan cita-cita beliau membuka sebuah pusat permainan paintball tertutup. Ini adalah pertama kali pemenangnya adalah melayu.

Tapi kali ini tak masuk tv dan pilihan pekerjaan juga telah ditetapkan. Ada 15 dream job yang boleh direbut, antaranya pemandu pelancong, wedding planner, game tester.. kiranya semua jawatan yang mencabar minda semua.. Pekerjaan yang normally kita jarang lakukan..

Dalam banyak-banyak tu teringin nak jadi calebrity PA sbb nak tahu artis mana yg kekwat sangat dan mana yang hanya palsu didepan peminat, hehehe

Cara nak masuk:
a) Mula-mula pilih 3 kerja yang paling anda suka
b) hantarkan video mengenai kenapa amda patut dapat kerja tu
c) Peserta yang terpilih akan berlawan secara mental dan fizikal dalam masa 24jam utk membuktikan kita layak mendapat kerja itu.

Rasa berminat sangat tapi tak ada talent nak buat video yang boleh menarik hati juri-juri semua. Tetapi kepada blogger di luar sana yang teringin sangat nak mencuba pekerjaan lain, See detail HERE

3 memberi idea:

rasp said...

ekceli i tak pernah follow nescafe kick start nie sis...
tapi bila u bagi review nie, cam menarik plak...
thx!

Hazzy Ishak said...

penah tengok, tapi dah lupa.hehe. bagus jugak ada program macam ni at least kita dapat tgk sejauh mana mereka nakkan sesuatu kerja tu.

Latest Entry Hazzy,
Rahsia dahi wanita-orang berdahi luas sebenarnya pendiam tau
Terkena renjatan elektrik ketika tidur
Predators - bukan calang² pemangsa

nuraarin-life said...

rasp: seronok boleh bg info kat u, sis

hazzy: betul kan.. mmg best ar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails