Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Upin & ipin: Kebanggaan Malaysia

Kepada rakyat malaysia yang tidak mengenali Upin & ipin rasanya macam tertinggal bas, akan rasa kecewa kerana tidak mengenali karektor watak ini dengan lebih mendalam.Ayat yang keluar dari mulut ipin isitu 'betul, betul, betul' dah jadi ikutan baik kanak-kanak atau yang dewasa. Tapi mengapa sebenarnya watak Upin & ipin dicipta?

Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia (sumber wikipedia)
Sejak saya menonton Upin & ipin, saya memang terpikat dengan gelagat mereka, anak yatim piatu tetapi amat bahagia dijaga dengan baik oleh opah, adik nakal yang suka mengusik kakak juga kawan-kawan yang sangat mencuit hati.


Walaupun ini adalah watak karton, tapi cara penyampaiannya sangat dekat dengan hati kita. Bila saya menonton setiap episod secara semulajadi saya akan tersenyum dan rasa terhibur. Tapi bukan Upin dan Ipin sahaja yang patut kita ingat, kawan-kawannya seperti mail yang pandai berniaga, Mei mei yang bijak, Jarjit yang suka berpantun dan ramai lagi juga sangat meninggalkan kesan.


Watak Upin & Ipin juga memikat hati penonton Negara jiran kita, Indonesia sehingga berjaya bekerjasama dengan Kumpulan Padi

Pada 29 September 2010, Padi dari Indonesia melancarkan sebuah lagu tema baru untuk Upin & Ipin, bertajuk "Sahabat Selamanya", yang juga ditujukan kepada hubungan antara Malaysia dengan Indonesia yang dikatakan dilanda konflik ketika ini. Video muzik lagu ini yang sudah berkumandang di kaca televisyen Indonesia sejak bulan Ogos, menampilkan kugiran tersebut mendendangkan lagu mereka di halaman rumah Upin dan Ipin, serta babak-babak terpilih dari siri animasi Upin & Ipin. (Sumber wikipedia)

Siapa kata Malaysia ketinggalan menghasilkan karton yang baik? Saya amat berbangga dengan penjenamaan Upin & ipin kerana mereka kini dikenali luar dari Malaysia.


6 memberi idea:

eB ezrin said...

kami minat sgtttt... ari2 kalo ader... musti tgk walopn ulang... betoi x?... betoi3... ;p

Hazzy Ishak said...

dah masuk disney channel kan

Tutup Blog said...

mmg suker upin ngn ipin pun!!!
sgt comel!!!

nuraarin-life said...

eb: betul betul betul

nuraarin-life said...

hazzy: betul lagi

nuraarin-life said...

comel n bijak..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails