ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)
"
"
"
Minggu lepas adik saya menerima sms daripada no yang tidak dikenali bertulis
"tolong top upkan untuk ayah RM50 pada no baru ayah 071xxxxxxx, ayah ada masalah di balai polis, jangan telefon ayah, nnt ayah telefon balik,cepat!"Adik saya menunjukkan sms itu pada saya, saya berfikir sejenak dan membuat kesimpulan sms ini menipu sebab :
a) abah saya tidak pernah membiasakan dirinya dengan panggilan ayah!!
b) Jika di balai polis, kenapa tak guna telefon balai polis untuk memberitahu sahaja. takkan polis tak benarkan??
c) kenapa tak beri kami telefon untuk bertanya apa yang terjadi
d) Kalau dpt sms pada seseorang, mesti kita akan beritahu kita di mana bukan minta top up jer
So dari kesimpulan itu, saya dengan yakin mengatakan ini sms palsu, balik ke rumah tengok abah sedang seronok menonton tv.. Lega kerana apa yang saya fikirkan betul.
Tapi ada juga yang terkena dan berita lanjut di SINI...
Jangan terkejut, tak ada sesiapa yang diambil orang tapi saya terlepas butik idaman saya..
Saya dah survey butik pengantin sejak 8 bulan yang lepas.. Dah ada yang berkenan di hati dengan harga yang sangat-sangat berpatutan, tapi sebab rasa tarikh kahwin macam lambat lagi, jadi tak tempah betul-betul.. tapi semalam pergi ke butik yang saya mahu itu terkejut sebab dah fully booking. Oh.. terkesima sekejap sebab rasa blur, benda yang lama rancang dah tak jadi..
Tapi alhamdullilah, survey di tempat lain ada pelamin yang berkenan di hati, orang kata tertutup satu jalan, banyak lagi jalan lain yang terbuka. Yang penting perlu berfikir secara positif dan RELAX!!
Nota kaki:
Setiap halangan pasti ada jalan penyelesaiannya..
Saya selalu tertanya-tanya mengapa kalau dalam filem sekalipun mesti ada menunjukkan orang melayu suka menonton gusti? Saya tak pernah tonton drama cina atau tamil yang menunjukkan mereka suka menonton gusti, jadi saya buat kesimpulan orang melayu memang suka menonton gusti.
Antara yang saya kenali adalah hulk hogan, The rock, undertaker dan macam-macam lagi. Saya tak minat dengan gusti tapi kadang-kadang terpaksa menonton bila abah saya nak tengok juga. Memang seronok tengok gelagat abah yang teruja dan tangan pun bergerak-gerak macam abah yang lawan di gelanggang.
Baru-baru ini saya tanya abah kenapa tak mahu cukur misai, katanya sebab nak tiru imej hulk hogan. Anda tahu tak siapa hulk hogan? Bagi saya hulk hogan adalah ahli gusti yang pertama saya kenali, trademark dia adalah mengoyak baju kuningnya di gelanggang
Apa yang saya pelik dengan dunia gusti:
- Kalau nak berlawan, mengapa perlu bercakap-cakap, kadang-kadang bercakap punya lah panjang tapi bila beraksi sekejap jer.. abah saya pun dah naik boring
- Setahu saya kalau berlawan guna tangan (tanpa perlindungan mcm boxing), kalau dah tumbuk hidung, mesti tangan atau hidung itu akan berdarah, tapi saya tengok mereka dah pukul bertalu-talu, tapi tak ada apa-apa kecederaan pun
- Bila dah turun dari gelanggang, guna kerusi lipat untuk memukul pun tak ada kecederaan juga, saya dah pelik bin ajaib ni
- Semasa dipukul dengan kerusi lipat boleh bangun lagi, tapi bila kena hentak secara terlentang terus kalah, logik ke tak?
Ada juga ahli gusti yang berjaya menjadi terkenal, antaranya The rock.. Siapa yang tak kenal The rock ni. Traemark kening dah macam ziana zain..
Sekarang ni the the rock dah bersara dari dunia gusti dan menumpukan perhatian pada dunia lakonan. Banyak filem the rock yang best seperti The game plan, Tooth fairy, The other guy dan macam-macam lagi.
Kalau ada sesiapa yang mahu menonton filem yang ramai ahli gusti di dalamnya, bolehlah menonton filem the longest yard. Filem ini sungguh kelakar dan saya dah berapa kali tengok pun tak jemu.
Nak kata saya ni masa kecil dulu tak dimanjai dengan barang mainan rasanya tak ada, dulu mainan barbie doll, main masak-masak, teddy bear, lego dan pelbagai mainan lagi yang saya ada. Tapi tak tahu sejak umur makin meningkat ni ehemm... saya sangat-sangat terpikat dengan mainan yang ada di pasaran.
Baru-baru ini saya beli permainan tanah liat biskut maker, ooo teruja habis tengok.. bukan sahaja biskut maker, ada pizza maker, aiskrim dan macam-macam lagi.. Nasib baik jalan-jalan dengan mama, mama kata 'lepas ko main, nnt bagi cucu mama pula main'. Eh, mama mana ada cucu, saya pun tak kahwin lagi... Nampaknya saya kena perli..
Rasanya tak pelik kalau saya nak terpikat pada mainan zaman sekarang, sebab masa kita kecil-kecil dulu selalunya mainan kita buat sendiri. Contoh masa main tanah liat ni, kalau kita nak buat bentuk bulat, kita akan gunakan cawan, tapi sekarang ni dah acuannya sendiri. Jadi dengan sendirinya kita nak mencuba..
Rasanya permainan barbie doll lagi banyak fungsi baru yang muncul, dengan barbie yang boleh berkata-kata, baju boleh disembur warna lain.. semuanya memikat kanak-kanak dan juga dewasa seperti saya, hehehe..
Nota kaki:
Sebenarnya saya terkilan sebab koleksi barbie doll saya, mama dah beri pada jiran sebab mama ingat saya tak nak main. Itu adalah permainan paling yang paling saya suka, sampai sekarang terkenang-kenang. Rasa macam nak kumpul balik.
NGANGKUNG
Tunggu dan tunggu akhirnya saya marathon 2 filem dengan Abg N.. hehe tercapai hajt nak tengok ngangkung, nasib baik panggung wayang sitiawan ni ada lagi tayangan walaupun dah lepas 3 minggu, mungkin sebab dapat sambutan lagi, masa saya tengok pun ramai lagi penonton.
Tapi saya sedikit kecewa, bukan nak kata filem ini tak bagus tapi rasanya yang bagus-bagus semua dah keluar dalam iklan jadi tinggal yang biasa-biasa sahaja untuk ditonton. Oh ye, suara sam mmg menyakitkan dah macam orang terncat (kata Abg N).. Kalau nak lari dari karektor adnan sempit sekalipun, tak perlulah ubah suara mungkin boleh ubah penampilan, rambut bg pendek, jambang bg panjang sikit ker ..ini rambut panjang mesti kita ingat adnan sempit lagi.
Tak mahu ulas banyak filem ngangkung sebab saya percaya ramai dah tengok, kalau tak takkan boleh box office melebihi 7 juta.
AKU TAK BODOH VS I'M NOT STUPID
Sekali tengok aku tak bodoh rasa macam ulang tayang i'.m not stupid, dari segi penceritaan memang sama dan lakonan pelakon kanak-kanak tidak mengecewakan sebaliknya pelakon berpengalaman seperti amy mastura dan riezman yang kurang berkesan di hati. Amy, sila menangis dengan keluar air mata, sudin menangis lagi 'touching'.. Nak tahu siapa sudin sila baca review dari Hans, sangat bagus!!
Saya tak mahu ulas lebih lanjut sebab nnt saya bandingkan 2 filem ini, tapi satu jer nak beritahu aku tak bodoh best dari ngangkung, ini pendapat saya!!
Ini adalah satu soalan yang menarik, adakah pelajaran itu sangat penting?
Secara jujurnya, pelajaran adalah keutamaan saya. Saya tahu sesetengah orang memang tidak mampu untuk menyerap ilmu bukan sebab kemiskinan atau malas tapi memang otak tidak boleh menerima, Tetapi mereka ini dikurniakan bakat yang lain seperti boleh melukis, pandai membuat kraftangan, boleh memasak dengan sedap dan macam-macam kemahiran yang tidak memerlukan pelajaran yang tinggi untuk berjaya.
TETAPI pelajaran tetap nombor satu. Sekiranya ada bakat apa sekalipun, habiskan pelajaran sehingga SPM sekurang-kurangnya dan dari situ baru kita mulakan karier berdasarkan pada bakat dan kemahiran kita..
Gambar kesukaan kawan baik saya adalah semasa perkahwinannya. Kami ini sebaya dan birthday pada tarikh yang sama, jadi kami sangat memahami satu sama lain. Mungkin kerana persamaan ini, saya belum berkahwin dan kawan baik saya pun belum lagi. Jadi semasa saya bertunang, saya sentiasa mendoakan semoga beliau juga akan bertemu jodoh secepat yang mungkin.
Dan siapa sangka beliau bertemu jodoh dan mengakhirinya dengan perkahwinan awal daripada saya. Saya mendoakan moga kamu, wanie dan suamimu norman akan sentiasa berbahagia hingga hujung nyawa.
Dulu sebelum bercinta dengan pemikiran yang sangat lah naif, impian first date saya mesti mahu dimulakan dengan candle light dinner, makan steak cam orang putih sebab terpengaruh dengan filem-filem barat.
Sekarang tidak lagi, bagi saya untuk first date yang pertama adalah mengajak si dia menonton wayang, kalau untuk first date dia memberikan kebebasan untuk kita memilih wayang yang mahu ditonton, mmg layak untuk diajak second date.
Pengajaran: Jangan melawan cakap mama!!
Saya peminat filem filem dari disney tak kira siri kartun atau pun tidak, tapi dalam banyak-banyak saya lebih sukakan filem Mulan.
Bagi saya filem Mulan ini banyak mengajar daripada cerita-cerita dongeng yang lain seperti cinderella dan snow white. Mulan ini adalah adaptasi dari lagenda Cina mengenai seorang gadis yang menyamar menjadi lelaki untuk menggantikan ayahnya ke medan perang. Kasih sayang yang kuat kepada ayahnya yang sakit serta semangat cintakan negara yang menebal mendorong dia melakukan penyamaran ini.
Sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kawan seperjuangan sehingga cedera
Dalam masa yang sama, si gadis lasal ini juga mendambakan seorang lelaki yang mencintai dirinya seadanya, bukan seperti lelaki yang lain yang menganggap wanita hanya perlu ada di dapur sahaja. Pada zaman dahulu, wanita dilarang ke medan perang.
Saya sebenarnya dalam dilema ni, saya rasa macam nak batalkan insurans untuk kad kredit dan ATM kad saya, setahun bayar RM98.. Saya dah ambil selama 2 tahun dan ini nak masuk tahun ketiga, tapi masalahnya perlu ke saya ambil insurans untuk kad kredit ni?
Kebaikan insurans kad kredit ini:
a) Sekali call, syarikat ini akan batalkan semua kad yang kita ada (berguna kalau kita hilang dompet)
b) Sekiranya kad hilang, dan berlaku pembelian melalui kad itu, saya tak perlu bayar sbb insurans ini akan cover
b) Sekiranya kad hilang di luar negara, hanya perlu hubungi syarikat insurans ini dan mereka akan bayarkan semua perbelamjaan kita seperti hotel, tiket kapal terbang.
Kenapa saya rasa macam tak nak memperbarui insurans:
a) Dulu saya ada banyak kad kredit, tapi sekarang semua dah batalkan
b) Bukan selalu ke luar negara
c) Insurans ni macam tak ada follow up ngan kita seperti call dan survey, hanya hantar surat sahaja senang kata not friendly dengan customer
Jadi, patut tak saya batalkan insuran ini?
Sarah Connor - Still crazy in love
Let's enjoy the song..
Look at me now
Look into my eyes
Do they reveal the pain I feel inside
And do they show I feel like run and hide
From the look upon your face tonight
I can see your heart is broken
And your smile is gone
If I could only make the wrong, I did, undone
Forgive me now
For all the times I wasn't there
For all your doubts
When you were think I didn't care
But no matter what I do
Together we will make it true
I'm still crazy over you
But no matter what I do
No matter what they say
It's true
I'm still crazy in love with you
With you I've overcome so many rough and stormy weathers
The cold of the winter we traded for the summer
Together we can fight and we can make the bad much better
Without you I'd be someone else
Without you I would lose myself
Forgive me now
For all the times I wasn't there
But no matter what I do
Together we will make it true
I'm still crazy over you
Oh yes I am
But no matter what I do
No matter what they say
It's true
I'm still crazy in love with you
New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199! #AANZ
Rasa macam nak Honeymoon ke sana.. Tawaran ini bermula 3 hingga 5 december.. Cepat!!
Kepada rakyat malaysia yang tidak mengenali Upin & ipin rasanya macam tertinggal bas, akan rasa kecewa kerana tidak mengenali karektor watak ini dengan lebih mendalam.Ayat yang keluar dari mulut ipin isitu 'betul, betul, betul' dah jadi ikutan baik kanak-kanak atau yang dewasa. Tapi mengapa sebenarnya watak Upin & ipin dicipta?
Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia (sumber wikipedia)Sejak saya menonton Upin & ipin, saya memang terpikat dengan gelagat mereka, anak yatim piatu tetapi amat bahagia dijaga dengan baik oleh opah, adik nakal yang suka mengusik kakak juga kawan-kawan yang sangat mencuit hati.
Walaupun ini adalah watak karton, tapi cara penyampaiannya sangat dekat dengan hati kita. Bila saya menonton setiap episod secara semulajadi saya akan tersenyum dan rasa terhibur. Tapi bukan Upin dan Ipin sahaja yang patut kita ingat, kawan-kawannya seperti mail yang pandai berniaga, Mei mei yang bijak, Jarjit yang suka berpantun dan ramai lagi juga sangat meninggalkan kesan.
Watak Upin & Ipin juga memikat hati penonton Negara jiran kita, Indonesia sehingga berjaya bekerjasama dengan Kumpulan Padi
Pada 29 September 2010, Padi dari Indonesia melancarkan sebuah lagu tema baru untuk Upin & Ipin, bertajuk "Sahabat Selamanya", yang juga ditujukan kepada hubungan antara Malaysia dengan Indonesia yang dikatakan dilanda konflik ketika ini. Video muzik lagu ini yang sudah berkumandang di kaca televisyen Indonesia sejak bulan Ogos, menampilkan kugiran tersebut mendendangkan lagu mereka di halaman rumah Upin dan Ipin, serta babak-babak terpilih dari siri animasi Upin & Ipin. (Sumber wikipedia)
Siapa kata Malaysia ketinggalan menghasilkan karton yang baik? Saya amat berbangga dengan penjenamaan Upin & ipin kerana mereka kini dikenali luar dari Malaysia.