Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Mencari kebenaran dalam BELUKAR!!

Cerita Cuti No 4

Kebenaran filem belukar ini... hanya penghujung cerita baru kita tahu apa ada dalam belukar, dan its perfect!

Poster yang menarik

Dibintangi oleh Bront palarae, Dapne iking dan diarahkan oleh Jason Chong (salah seorang pelakon sitkom Fara).. Filem ini hanya berlokasikan keindahan Negeri Sabah.. Mula-mula its a bit slow sehingga saya rasa macam menyesal tapi bila dah masuk ke bab operasi, baru ianya menjadi menarik sedikit demi sedikit...

Filem Belukar mengisahkan Eva (Daphne Iking) seorang wanita Sabah yang merupakan penipu insuran profesional. Dia berjaya menuntut lebih RM100 juta dan kini Eva sedang disiasat oleh beberapa pihak. Malangnya, tiada agen penyiasat insurans dapat membuktikan Eva bersalah. Tanggungjawab itu kini dipikul oleh Nik (Bront Palarae) iaitu seorang penyiasat insurans syarikat ABG. Dalam proses penyiasatan tersebut, Nik telah jatuh cinta terhadap Eva tanpa Eva mengetahui identiti sebenar Nik. Adakah Nik dan Eva bergelut dengan cinta, sandiwara atau keikhlasan semata-mata?

Apa yang menarik mengenai filem ini?
  • Tertanya-tanya samada Nik benar-benar cintakan Eva atau hanya mainan untuk membongkar rahsia Eva?
  • Tertanya-tanya juga adakah Eva sudah menjumpai cinta sejati atau dia hanya mempergunakan Nik?
  • Siapa sebenarnya Eva dan Nik? Permulaan filem ini mmg ramai yg akan tertipu bila tahu kesudahannya.
  • Banyak perkara yang tak disangka, bukan macam sesetengah filem melayu dimana kita tahu si hero mesti dapat bersama dengan si Heroin..
  • Tajuk 'BELUKAR', tapi anda hanya tahu makna belukar di akhir cerita ini...


Nota kaki:
  • Md Eyzendy (Hitam) lakonannya saya suka, bg saya dia adalah pelakon yg mempunyai bakat walaupun kurang dari paras rupa.. Takkan nak tengok pelakon jambu jer tapi lakonan hampeh
  • Ini entry yang terakhir mengenai filem melalui cerita cuti saya..

4 memberi idea:

sI tEDI said...

dah keluar ke cerita ni?

ehMmm

review filem. bagus.

eheheheh

❤ MyzaLuna ❤ said...

mcm best je cerite nieyh..
nk tgk la nnt, hehe :)

nuraarin-life said...

tedi:
Saya tengok masa first midnight...bukan review, hanya pendapat sahaja

Myza:
sokonglah filem melayu yer

❤ MyzaLuna ❤ said...

yup, mesti sokong punya ^-^

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails