Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Dewi remaja: antara pertandingan yang melahirkan ramai artis yang berjaya

Pertandingan Dewi Remaja menerusi majalah remaja sejak tahun 80-an sememangnya menjadi platform para remaja untuk melangkah ke dunia hiburan.Ramai nama-nama besar dalam dunia lakonan dan peragaan muncul dari pertandingan popular ini seperti Aleeza Kassim, Juliana Banos, Annahita Bakavoli, Scha Al-Yahya dan ramai lagi.Apa yang menarik ialah, pertandingan kali ini akan dibawa menerusi saluran Astro Ria bermula 24 November ini, pukul 9.30 malam. (petikan dari mstar)

Dewi remaja bakal mengantikan pertandingan ratu cantik? Kalau rancangan gadis melayu memaparkan kesopanan dan sifat ketimuran gadis melayu, dewi remaja apa fungsinya? Pernah kawan saya menyertai dewi remaja dan dia masuk hingga ke final. Dia memenangi kategori pakaian tercantik, dan pakaiannya saya tak sanggup nak paparkan di sini sebab saya rasa sangatlah seksi. Jadi kalau dewi remaja dah jadi realiti tv, maknanya banyak benda yang perlu dikorbankan, tak bolehlah seksi-seksi sangat kan.... sakit mata teman!!

Tapi di sebalik itu, memang ramai artis yang lahir daripada dewi remaja ini, buat masa ini yang paling popular adalah scha al-yahya dan ramai juga yang bertemu jodoh dengan orang-orang kaya. Tapi saya percaya tujuan utama mereka bukan untuk mencari oranmg kaya tetapi memperkembangkan bakat yang ada..

Ada sesiapa lupa semasa juliana banos kahwin sehingga digelar perkahwinan paling gemilang bagi tahun 2005? Hantaran sebanyak RM77888.77 cukup mengambarkan betapa gemilangnya perkahwinan mereka.


Yang terbaru, annahita bakavoli yang telah bergelar datin setelah bernikah dengan Datuk Saiful Baha, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
 kredit gambar: beautiful nara

Jadi kita tengok untuk tahun 2011 dewi remaja mana pula yang bakal berkahwin? Rasa-rasanya Scha Al-yahya sebab dah lama bercinta dengan awal, bukan apa takut jadi macam nabil dengan irma.. tapi kita yang merancang, tuhan yang menentukan..



2 memberi idea:

Mak Su said...

hebat2 sangat dorang ni kan..... bersederhana lebih baik kot. tapi kalu ada duit nak spend, spend aje ler ;)

nuraarin-life said...

Bila dah banyak sgt duit, mmg tak tahu nak spend macam mana, last2 org akan kata membazir atau menunjuk tapi terpulang pada niat seseorang itu juga

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails