Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Hopperz...Mari melompat!!

Cerita cuti saya No 1

Saya ni bukanlah boleh dikategori sebagai remaja lagi... Tapi keinginan untuk menonton filem Hooperz ada dalam diri setelah terpikat dengan unsur-unsur permainan bola jaring yang dipamerkan, walaupun saya bukan peminat bola jaring tapi demi menyokong industri filem malaysia, saya dengan  penuh sukahatinya menonton filem ini...


 Gambar dari gua.com

Filem ini dimulakan dengan kisah seorang gadis bernama atilia yg dilahirkan tangan cacat (tangan terbalik) tapi mempunyai kemahiran dalam menjaringkan gol... ahli Pasukan bola jaringnya pula mempunyai pelbagai jenis karektor

Yang best mengenai filem ini:
  • Cara pengarah menceritakan mengenai karektor pemain-pemain, cara yang amat unik kerana ada unsur-unsur komik..
  • Nilai persahabatan yang tinggi. Walaupun satu pasukan bukan semuanya bersatu hati, ianya adalah realiti
  • Ada sari yanti... (mcm lari tajuk jer)

Yang tak best mengenai filem ini:
  • Walaupun unik cara penceritaan setiap karektor, tetapi tiada sebab cth: kenapa Nino mencuri setelah kematian bapanya, hanya kerana sukakan risiko?? Tak logik pada pandangan saya
  • Walaupun Nik pernah merogol kawan atilia, apa hukuman patut diterima oleh Nik? Setakat kena marah dengan Atilia jer?
  • Dah kalau beberapa permainan, tapi masih lagi boleh masuk separuh akhir?
  • Kenapa Couch D dah tak mengajar bola jaring? Dan kenapa couch Q nak meminta maaf?

Walaupun ada kepincangan sana sini, tapi saya perlu memuji kerana walaupun ada cinta-cinta juga dalam filem ini tapi ianya segar kerana nilai persahabatan yang diuji secara tidak melebih-lebih..

Nota kaki:
Saya nak melompat!!

Hooperz dari Gua.com
Hooperz dari sinema malaysia

3 memberi idea:

myQza said...

katanya filem ini jarang dapat sambutan

rasp said...

tak tau pun ada kewujudan filem nie hurmmmm....

nuraarin-life said...

tedi..
mmg pun, tapi layan jer, rasa nak menonton filem melayu kan

rasp..
banyak sangat filem yg ada kan, sampai iklan kat tv pun jarang2 nampak, saya pilih filem ini pun masa di panggung..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails