Bukanlah bermakna saya memandang rendah pada mana-mana bekas penangih yang sudah insaf tapi saya percaya yang insaf ini pernah masuk pusat pemulihan keluar balik, kemudian menagih balik.. dan insaf balik hinggalah betul-betul berhanti dari menagih. Sokongan keluarga amatlah penting, saya menulis berdasarkan pengalaman mempunyai saudara bekas menangih tapi alhamdullilah kini beliau sudah berumahtangga dan menjadi seorang bapa yang baik.
Saya terpanggil menulis kerana kes ini, kesian pada wook, 108 tahun yang menyangka suami mudanya, 38 tahun dah berubah, masa keluar dari pusat pemulihan hari tu bukan main lagi beria-ia nak berubah, sekolah pondok bali, alih2 tak sampai sebulan pun keluar dah kena tangkap balik. Wook yang tak mahu beraya sendirian terpaksa berhabis RM2000 nak menjaminnya.
Raya lambat lagi, jangan kena tangkap lagi sekali la... Nanti raya makan bubur jer lah jawabnya..
8 memberi idea:
kemahuan sndiri yg kuat dan takutkan azab Allah boleh menahan, insyallah. tapi zaman sekarang ni, pengaruh rakan, takutkan pembuli yang sentiasa mengekori dan macam2 lagi menggagalkan usaha.... :(
saya tahu bukan senang nak berubah, sokongan keluarga amat penting, janganlah kita pulaukan mereka, patut bimbing mereka
laaa kena tangkap lagi ka? now they have this drug gak apatah nama tak ingat...to help overcome heroin addiction. my cousin is a pharmacist in one of the government hospital...diorang kasik kat penagih2 nih everyday.
baik tak payah jamin langsung, kesian je kat wook.
Sian Wok...dah tua ingatkan bole idup senang..tp sebaliknya..terpaksa pulak berhabis duit...wahai lelaki mana sifat Khalifah kamu....
kesian kan. tapi apalah daya dia.
entahlah..tak tau nak kata..benda tu kalau dah kena..kalau betul-betul tekad nak berubah..memang payah
sian kat wok..... dulu time nak kawen kata dia nak wok bimbing dia.... tapi wok asek kena jamin dia ja...... harap wok sabar... dugaan ramadhan.....
Post a Comment