Mungkin ikut keadaan semasa kut, bila ada kes pemandu van yang cuba merogol seorang murid minggu lepas, kali ini kes pemandu van mencabul murid pula..
Sebahagian besar ibubapa memerlukan khidmat bas atau van untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah setiap hari. Ibubapa yg bekerja memilih jalan ini yang terbaik untuk mempastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.
Tapi apabila berlaku kes-kes di luar jangkaan seperti guru yang mencabul, menayang video lucah pada anak murid membuatkan saya berfikir kenapa masalah ini berlaku? Adakah mereka-mereka ini (pendidik) mengalami masalah jiwa atau sememangnya mereka sengaja?
Rasanya adalah elok benar kerajaan mem'blok' website lucah ini di Malaysia, saya percaya ia adalah salah satu penyumbang kepada apa yang berlaku pada anak remaja @ org dewasa. Bila timbul kes-kes anak rogol mak, atuk cabul cucu siapa yang perlu dipersalahkan?
Nota kaki:
Bimbang dengan masa depan anak-anak di masa hadapan apabila dunia semakin maju
Takwim Persekolahan Sesi 2025/2026
2 days ago
4 memberi idea:
dasyat betul,
nampak sgt budak2 skg dah tak boleh percayakan sapa2
seriau :(
setuju ngan pem block an laman web lucah..... manusia makin melampau!!!!
hazzy:
betul tue!
maksu:
duoble seriau
cikpia:
manusia makin melampau yg buat aksi terlampau!
Post a Comment